KRISIS MINYAK TIMUR TENGAH: PERLUKAH TANGGUHKAN PERCUTIAN KE THAILAND?

Semenjak krisis di Timur Tengah melibatkan Iran, Amerika, dan Israel memuncak, pihak ANF dihujani pertanyaan daripada pelanggan yang bimbang untuk ke Thailand. Malah, baru-baru ini wartawan Utusan Malaysia turut menghubungi kami untuk mendapatkan gambaran sebenar situasi di sana.

Adakah benar Thailand sedang mencatu bekalan minyak? Berikut adalah hasil tinjauan dan analisis kami.



Info-Anf

Status Terkini Bekalan Minyak di Thailand

Hasil tinjauan ANF pada 8 hingga 10 Mac 2026 menunjukkan belum ada catuan rasmi dilakukan. Namun, bermula 14 Mac, beberapa stesen minyak mula melakukan catuan secara terpilih.

  • 10 – 15 Mac 2026: Beberapa stesen di kawasan Chiang Mai dan Isan mula mengehadkan pembelian.

  • 17 Mac 2026: Catuan mula kelihatan lebih meluas di seluruh Thailand oleh pengusaha stesen minyak.


Perlukah Rakyat Malaysia Menangguhkan Percutian?

Persoalan utama: Patutkah kita "cancel" niat ke Thailand? Mari kita lihat faktor-faktor yang merisaukan pelancong Malaysia:

1. Cukupkah Minyak Untuk Pergi dan Balik?

Rakyat Malaysia mempunyai kelebihan melalui kemudahan Budi 95 (Petrol RON 95 pada harga RM1.99 seliter). Kebiasaannya, pelancong akan mengisi tangki penuh di sempadan sebelum masuk ke Thailand. Bantuan ini dijangka bertahan sehingga Mei 2026.

Mari kita buat perbandingan ringkas:

  • Honda RS150 (Kapcai): Tangki penuh 4.5 Liter (Jarak: 160km - 180km).

  • Perodua Myvi 1.5: Tangki penuh 36 Liter (Jarak: 400km - 450km).

2. Jarak Perjalanan Destinasi Popular

Sempena musim perayaan Aidilfitri, kawasan Selatan Thailand (Satun, Hatyai, Yala, Pattani, Narathiwat, dan Betong) menjadi tumpuan. Berikut adalah anggaran jarak (pergi-balik):

  • Bukit Kayu Hitam ↔ Hatyai: 100 KM

  • Wang Kelian ↔ Satun ↔ Pak Bara ↔ Hatyai ↔ Bukit Kayu Hitam: 253 KM

  • Bukit Kayu Hitam ↔ Hatyai ↔ Pattani ↔ Yala ↔ Betong ↔ Pengkalan Hulu: 349 KM

  • Bukit Kayu Hitam ↔ Hatyai ↔ Pattani ↔ Narathiwat ↔ Rantau Panjang: 314 KM

Kesimpulannya: Kereta seperti Myvi mampu menyelesaikan perjalanan ini dengan sekali isi di sempadan. Bagi penunggang motor kapcai, anda hanya perlu membawa simpanan minyak tambahan sekitar 5 Liter untuk rasa lebih selamat.

3. Daya Tarikan Luar Biasa: Ringgit Mengukuh!

Inilah faktor "penyebab" utama kenapa ramai masih ke Thailand. Kadar tukaran mata wang kini adalah yang terbaik dalam tempoh 10 tahun!

  • Kadar Semasa: RM1.00 = THB 8.25 - 8.30

  • Sebagai perbandingan, semasa Covid-19 pun, Ringgit hanya mencecah sekitar 8.0 sahaja. Sekarang adalah waktu paling "berbaloi" untuk berbelanja di sana.

4. Harga Hotel & Makanan

Setakat ini, tiada kenaikan mendadak.

  • Makanan Jalanan (Street Food): Dahulu 40-50 Baht, kini sekitar 50-70 Baht (kenaikan kecil).

  • Hotel: Di kawasan Danok, Hatyai, dan Betong, harga kekal stabil malah banyak hotel menawarkan diskaun untuk menarik pelancong.


Kesimpulan

Ujian sebenar kemasukan pelancong adalah pada April 2026 ini. Dengan adanya sambutan Songkran dan Phuket Bike Week, kita akan melihat sejauh mana krisis minyak ini memberi kesan.

Bagi "rider" motor berkuasa rendah yang ingin ke Phuket, perancangan rapi diperlukan kerana anda pasti perlu mengisi minyak di tengah perjalanan. Namun untuk destinasi sekitar Selatan Thailand, ia masih sangat selamat dan berbaloi untuk diteruskan.

Tetap berwaspada, rancang perjalanan anda, dan pastikan insurans kenderaan anda sentiasa aktif!

#ANFINSURANCE #insuransthailand #ANF


Post a Comment for "KRISIS MINYAK TIMUR TENGAH: PERLUKAH TANGGUHKAN PERCUTIAN KE THAILAND?"